SPSB fail saman terhadap Razali - Berita Mahkamah | mStar

SPSB fail saman terhadap Razali

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2018 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) menfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap bekas Anggota Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung beberapa kenyataannya mengenai penglibatan SPSB sebagai pemaju utama projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), di Jalan Semarak, di sini.

SPSB selaku plaintif menfailkan saman itu semalam di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Reza Rahim &Rajivan dengan menamakan Razali sebagai defendan.

Syarikat itu dalam kenyataannya mendakwa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Razali adalah palsu, tidak berasas dan telah mencemarkan reputasi syarikat berkenaan.

SPSB berkata syarikat itu sebelum ini telah menyampaikan satu notis tindakan kepada defendan menuntutnya memohon maaf, bagaimanapun beliau gagal berbuat demikian.

Syarikat itu memohon satu perintah injunksi supaya Razali dihalang daripada mengulangi dan/atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah, juga menuntut ganti rugi RM100 juta serta mengemukakan permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh SPSB.-Bernama

Tags / Kata Kunci: SPSB , Razali , saman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan