Dua suspek kes bunuh bayi lima bulan direman - Berita Mahkamah | mStar

Dua suspek kes bunuh bayi lima bulan direman

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua suspek kes bunuh bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini, malam Selasa, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daeah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata pihaknya membuat permohonan reman terhadap kedua-dua suspek itu di Mahkamah Selayang, di sini, pagi Selasa.

“Mahkamah membenarkan kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 36 tahun itu direman selama tujuh hari bermula Selasa sehingga 10 Julai ini.

“Setakat ini, kami masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa dan mengenal pasti motif pembunuhan. Sehingga kini, tiada senjata ditemui di lokasi kejadian sehingga kini,” katanya.

Malam Selasa, Bernama melaporkan Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya mendakwa tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di rumah suspek terbabit di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, Selasa.

Bagaimanapun, siasatan polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kira-kira 11 malam Selasa setelah mendapati terdapat keraguan pada keterangannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pengasuh , bayi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan