1MDB: Bekas pegawai khas Najib dibebas - Berita Mahkamah | mStar

1MDB: Bekas pegawai khas Najib dibebas

Diterbitkan: Ahad, 1 Julai 2018 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai khas kepada bekas  perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang direman bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.

Majistret Muhammad Bukhari Md Ruslan membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta lanjutan reman.

Mahkamah juga mengarahkan pasport antarabangsa miliknya diserahkan kepada SPRM dan perlu melaporkan diri  di pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan sehingga siasatan selesai.

Lelaki bergelar 'Datuk' itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Isnin lepas bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek berusia 42 tahun itu ditahan SPRM di pejabatnya kira-kira 9.45 malam Ahad lalu.

Menurut laporan,  bekas pegawai khas itu ditahan SPRM bagi membantu siasatan memandangkan suspek merupakan pengarah syarikat yang dipercayai menerima wang transkasi 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun syarikatnya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.Beliau pernah berkhidmat di Bank Negara sebelum bekerja dengan Najib sejak 2009.-Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , pegawai khas , Najib
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan