Bekas pegawai khas Najib ditahan reman - Berita Mahkamah | mStar

Bekas pegawai khas Najib ditahan reman

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2018 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan reman berhubung siasatan kes 1MDB.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki bergelar Datuk itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 1 Julai ini.

Berusia 42 tahun, SPRM menahannya kira-kira 9.45 malam pada Ahad ketika dipanggil untuk memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan.

Sumber berkata, dia disiasat kerana peranannya sebagai pengarah di sebuah syarikat yang dipercayai sejumlah wang dimasukkan ke akaunnya.

Tags / Kata Kunci: Najib , SPRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan