Guna sijil cuti sakit palsu, polis bantuan terima padah - Berita Mahkamah | mStar

Guna sijil cuti sakit palsu, polis bantuan terima padah

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2018 3:54 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang polis bantuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu, tahun lalu.

Konstabel Mohamad Azrul Hisyam Abd Hazir, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa menggunakan sijil cuti sakit palsu bertarikh 24 dan 26 Jun 2017 dengan maksud untuk menipu di Oasis Damansara, di Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara, di sini pada 28 Jun tahun lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee tidak menawarkan sebarang jaminan bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia berpendapatan kecil.

"Saya mohon jaminan terhadap saya dibenarkan kerana saya ingin menyambut Hari Raya bersama keluarga," kata lelaki itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: sijil cuti sakit , polis bantuan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan