Saksi dakwa Vasantha Piriya mengaku tolong kawan ambil telefon guru - Berita Mahkamah | mStar

Saksi dakwa Vasantha Piriya mengaku tolong kawan ambil telefon guru

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2018 3:18 PM

Peguam berbual dengan bapa Vasantha Piriya di luar Mahkamah Sesyen di Light Street, George Town, Pulau Pinang.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang guru berusia 47 tahun memberitahu mahkamah di sini bahawa mendiang M. Vasantha Piriya mengaku telah mengambil telefon bimbit gurunya dengan seorang kawan.

S. Paramasivam memberitahu mahkamah bahawa Vasantha Piriya, 14, berkata "kami melakukannya", namun menambah bahjawa dia hanya berdiri di luar bilik guru.

"Dia beritahu saya dan guru yang hilang telefon itu, dia hanya berdiri di luar bilik guru ketika kawannya masuk dan mengambil telefon tersebut," kata guru lelaku tersebut.

Paramasivam berkata dalam pengakuannya pada Khamis bahawa Vasantha Piriya meminta guru itu untuk membawanya ke rumah rakannya bagi mendapatkan semula telefon tersebut.

Guru lelaki itu menambah, Vasantha Piriya mengaku melakukan perbuatan itu selepas ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup seorang remaja perempuan memasuki dan meninggalkan bilik guru.

Paramasivam dipanggil menjadi saksi kes pendakwaan kematian Vasantha Piriya susulan dakwaan pelajar perempuan itu mencuri telefon bimbit gurunya.

Pada 24 Januari lalu, seorang guru dilaporkan telah menuduh Vasantha Piriya mencuri telefonnya di sekolah sebelum menghantar pelajar itu pulang ke rumah sesudah bertanya mengenai perkara itu.

Selepas tiba di rumah, bapa pelajar itu, R. Muniandy telah keluar dang berbincang dengan guru tersebut mengenai kejadian tersebut.

Pelajar Tingkatan Dua itu kemudian ditemui tidak sedarkan diri di dalam biliknya selepas bapanya bertindak memecah pintu bilik kerana panggilan telefon tidak dijawab oleh Vasantha Piriya.

Tags / Kata Kunci: Vasantha Piriya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan