Bekas gitaris Ekamatra dihukum 10 tahun penjara - Berita Mahkamah | mStar

Bekas gitaris Ekamatra dihukum 10 tahun penjara

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2018 11:42 AM

Bekas gitar kumpulan Ekamatra dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara. Foto: THE STAR ONLINE.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas pemain gitar kumpulan Ekamatra atas kesalahan menyebabkan kematian pada Februari lalu.

Tertuduh, Md Nurul Azman Salilholdin @ Salilhaldin, 44, dari Johor mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim, Juraidah Abbas.

Dalam membuat keputusan itu, Juraidah berkata beliau berpuas hati dengan kes pendakwaan dan turut mengambil kira pengakuan tertuduh.

Md Nurul Azman didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara pukul 2 petang hingga 6 petang pada 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ekamatra popular pada tahun 1990-an dengan lagu 'Pusara Di Lebuh Raya' dan 'Sentuhan Kecundang'.

Tags / Kata Kunci: Ekamatra
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan