Mahkamah tolak permohonan halang Shafie bertanding PRU14 - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah tolak permohonan halang Shafie bertanding PRU14

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2018 1:45 PM

Mohd Shafie Apdal. Foto AZLINA ABDULLAH/The Star

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi pada Selasa menolak permohonan semakan kehakiman untuk menghalang Presiden Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu.

Hakim, Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan itu berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pada 17 April oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Datuk Mohd Ainal Abdul Fattah, 68.

Mohd Ainal menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden pertama dan Mohd Shafie responden kedua.

Hakim mendengar hujah peguam daripada kedua-dua pihak semalam dan menetapkan Selasa untuk keputusan.

Mohd Shafie mempertahankan kerusi Parlimen Semporna serta turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada PRU14 ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Shafie Apdal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan