‘Pakcik Durjana’ Hadapi 564 Tuduhan Rogol Anak Saudara - Berita Mahkamah | mStar

‘Pakcik Durjana’ Hadapi 564 Tuduhan Rogol Anak Saudara

Diterbitkan: Jumaat, 2 Februari 2018 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ampang atas 200 pertuduhan melakukan jenayah rogol terhadap anak saudara perempuannya yang berusia 5 tahun.

Sebanyak 364 pertuduhan lain yang turut dihadapkan ke atas lelaki sama dijangka akan dibaca di depan hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Kamil Nizam pada petang Jumaat.

Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Suspek yang berpakaian kemeja-T biru dibawa masuk ke mahkamah pada pukul 10.50 pagi.

Lelaki itu kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan oleh pegawai mahkamah dan mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan itu.

Sebanyak 40 pertuduhan dibacakan terlebih dahulu dan hakim mengarahkan mahkamah untuk berhenti rehat selama 10 minit pada pukul 11.10 pagi.

Hakim Mohamad Kamil menangguhkan perbicaraan kepada pukul 2.30 petang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah flat di Ampang antara 20 Januari dan Mei 2013.

Tags / Kata Kunci: rogol
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan