Tukar Agama Terbatal, Ibu Mahu Jumpa Anak - Berita Mahkamah | mStar

Tukar Agama Terbatal, Ibu Mahu Jumpa Anak

Diterbitkan: Isnin, 29 Januari 2018 1:00 PM

Indira bersama peguamnya, M Kulasegaran selepas prosiding di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:"Tolong bertanggungjawab! Saya betul-betul ingin berjumpa dengannya," demikian rayu M Indira Gandhi.

Menurutnya, dia hampir 10 tahun tidak berjumpa Prasana Diksa, 9, setelah bekas suaminya, K Patmanathan memeluk Islam pada April 2009.

"Sebagai ibu, saya ada banyak benda untuk dikongsi bersama anak perempuan terutama sekali keputusan hari ini," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Katanya, Patmanathan atau nama Islamnya Muhammad Riduan Abdullah harus mengembalikan Diksa selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

"Dia tiada pilihan lain dan tidak boleh lagi melakukan apa-apa," katanya ketika ditemui pemberita selepas mahkamah memutuskan penukaran tiga anaknya kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal.

Dua anaknya yang lain, Tevi Darsiny, Karan Dinish berada dalam jagaan wanita itu.

Mahkamah Persekutusan pada Isnin mengenepikan penukaran agama sebelah pihak yang melibatkan 3 anak Indira, selepas memutuskan sebarang penukaran agama kanak-kanak bukan Islam harus mendapatkan persetujuan kedua-dua ibu bapa.

Mahkamah juga memerintahkan hanya mahkamah sivil boleh memberi keputusan dalam hal seperti itu.

Keputusan hari ini mengakhiri pertarungan selama sembilan tahun mengenai hak penjagaan antara agama, susulan tindakan bekas suami India yang masuk Islam, Muhammad Riduan Abdullah, menukar agama 3 anaknya tanpa pengetahuan ibu mereka pada 2009.

Mahkamah turut memutuskan perkataan “parent” seperti dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan perlu dibaca sebagai bermaksud kedua-dua ibu dan bapa.

Menurut perkara itu, seorang penjaga atau parent (ibubapa) berhak menukar agama anak mereka yang belum mencapai umur 18 tahun.

Tags / Kata Kunci: Indira , Islam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan