Atlet Taekwondo Didakwa Cederakan Pengawal Keselamatan - Berita Mahkamah | mStar

Atlet Taekwondo Didakwa Cederakan Pengawal Keselamatan

Diterbitkan: Rabu, 24 Januari 2018 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang atlet Taekwondo wanita kebangsaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan warga emas di sebuah stesen LRT, tahun lalu.

Nur Dhia Liyana Shaharuddin, 24, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Shahirah Abdul Salim.

Tertuduh didakwa telah mencederakan Placid. P. Rodriguez, 70, di platform bawah stesen LRT Putra, Persiaran Putra Indah, Putra Heights, di sini, pada 6.40 petang, 6 Julai 2017.

Atlet yang memenangi pingat perak dalam acara Taekwondo pada Sukan SEA 2017 itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Feb untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan itu.

Tags / Kata Kunci: taekwondo , LRT
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan