Buruh Didakwa Bunuh Isteri - Berita Mahkamah | mStar

Buruh Didakwa Bunuh Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 12:32 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas pertuduhan membunuh isterinya pada 11 Januari lalu.   

Tertuduh Mohd Fadil Zainan, 41, didakwa dengan niat membunuh Noorwaheedah Abdul Wahid, 38, di Matang di sini, kira-kira 8.30 malam.

Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Hairol Jemain tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 19 depan sebagai tarikh sebutan semula kes.   

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Raihan Rithwan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 14 Januari lalu, media melaporkan Mohd Fadil memukul dengan cara menumbuk isterinya sehingga meninggal dunia kerana dipercayai mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain.

Noorwaheedah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh kira-kira 9.30 malam pada 13 Jan lalu akibat trauma benda tumpul.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan