Pelayan Mengaku Tidak Bersalah Miliki Bom Tangan - Berita Mahkamah | mStar

Pelayan Mengaku Tidak Bersalah Miliki Bom Tangan

Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 8:13 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 41 tahun dihadapkan ke mahkamah majistret di sini pada Khamis di atas dakwaan memiliki bom tangan.

Tam Boon Wei didakwa memiliki bom tersebut dengan niat untuk mendatangkan kemusnahan harta benda atau mengorbankan nyawa.

Serangan itu didakwa dilakukan pada pukul 11 pagi di sebidang plot tanaha berhampiran Kondominium De Tropicana, Jalan Kuchai Maju 13 pada 13 Januari lalu.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 7 (b) Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Tam, Rizal Abdul Manan meminta agar denda itu dikurangkan.

"Anak guam saya mempunyai dua orang anak. Isterinya sarat mengandung dengan anak ketiga mereka. Dia hanya memperoleh pendapatan antara RM1,000 hingga RM1,200 sebulan sebagai seorang pelayan," katanya.

Tags / Kata Kunci: bom tangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan