Kes Stesen Minyak: Dua Lelaki Didakwa Bunuh - Berita Mahkamah | mStar

Kes Stesen Minyak: Dua Lelaki Didakwa Bunuh

Diterbitkan: Khamis, 11 Januari 2018 12:00 PM

Dua suspek kes bunuh di stesen minyak dekat Taman Pelangi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, Khamis.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan bersubahat dan membunuh Tan Aik Chai di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh, Gia Jia Ji, 20 dan Yip Kah Hou, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Jia Ji bersama lima suspek yang masih bebas didakwa melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian ke atas lelaki berusia 44 tahun di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, kira-kira 7.30 malam pada 17 Disember lalu.

Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama  Seksyen34 akta sama.

Sementaraitu, Yip Kah Hou, 24, dengan tiga suspek yang masih bebas didakwa bersubahat dengan Jia Ji dan lima individu lagiyang masih bebas, melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian ke atas Aik Chai. 

Kah Hou yang juga pembantu restoran itu boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 akta sama dan Seksyen 34 akta sama.

Siti Hajar kemudiannya memerintahkan kes itu disebut semulap ada 13 Februari ini bagi menunggu laporan bedah siasat.

Kes dibawa Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, manakala Yip diwakili peguam Chuah Shyue Chien dan Jia Ji pula tidak diwakili peguam.

  
Tags / Kata Kunci: Tan Aik Chai , Taman Pelangi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan