Nahas Lukut: Pemandu Lori Direman - Berita Mahkamah | mStar

Nahas Lukut: Pemandu Lori Direman

Diterbitkan: Khamis, 4 Januari 2018 2:17 PM

Seorang pemandu lori direman empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes kemalangan yang meragut empat nyawa di Jalan Lukut-Sepang.

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan empat nyawa direman sehingga Ahad ini.

Reman dikeluarkan bagi membantu siasatan kes kemalangan melibatkan warga Singapura di simpang tiga jalan Lukut-Sepang, petang Rabu.

Perintah reman itu dibenarkan oleh Majistret Siti Khairiah Abd Razak selepas mendapat permohonan daripada polis.

Terdahulu, lelaki berusia 54 tahun itu hadir di Mahkamah Majistret Port Dickson pada pukul 8.35 pagi menaiki kenderaan polis dan berpakaian lokap.

Semalam, empat sekeluarga warga Singapura maut selepas kereta Honda Stream yang dinaiki mereka dilanggar sebuah lori yang datang dari arah Sepang menuju ke Seremban.

Mangsa yang maut ialah Rosli Samad, 54, Maimunah Sapari, 51, Dayana Sarah Rosli, 18 dan Nor Amalina Rosli, 21.

Seramai lima orang cedera dalam kemalangan itu yang  membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal.

Tags / Kata Kunci: Lukut , Singapura
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan