Kes Bunuh, Gilis: Enam Ditahan Reman - Berita Mahkamah | mStar

Kes Bunuh, Gilis: Enam Ditahan Reman

Diterbitkan: Khamis, 21 Disember 2017 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan enam orang bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki berkaitan perselisihan kumpulan kongsi gelap, di sini pada Ahad lepas.

Majistret Noor Aisyah Ahamd mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bagi lima lelaki berusia 20-an dan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun.

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan pada Rabu bahawa seorang lelaki berusia 22 tahun dan wanita ditahan.

Manakala empat lagi ditahan pada Khamis.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa kejadian pembunuhan itu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Tags / Kata Kunci: Reman , Bunuh , Johor Bahru

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan