Bunuh Abang Ipar, Hukuman Mati Dikekalkan - Berita Mahkamah | mStar

Bunuh Abang Ipar, Hukuman Mati Dikekalkan

Diterbitkan: Khamis, 21 Disember 2017 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas pemandu di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya atas pertuduhan membunuh abang iparnya pada hari keempat Aidilfitri, lima tahun lepas.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Khairul Nordin, 46, yang merayu terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Melaka pada 27 Jan 2017.

Dalam penghakimannya Hakim Rohana berkata panel itu sebulat suara mendapati bahawa hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang kesilapan dalam penghakimannya.

“Sabitan dan hukuman oleh hakim Mahkamah Tinggi adalah selamat, oleh itu sabitan dan hukuman dikekalkan,” katanya yang bersidang bersama-sama Hakim-hakim Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam, Asmawi Ismail yang mewakili perayu (Khairul) dan Timbalan Pendakwa Raya Nurinna Bahadun bagi pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Khairul selepas didapati bersalah membunuh abang iparnya Abdul Rashid Ahmad, 48, di halaman rumah di Kilometer 18, Kampung Serkam Pantai, Merlimau, Jasin, Melaka pada pukul 8malam, 22 Ogos 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam kejadian 22 Ogos 2012 itu, Abdul Rashid yang bekerja sebagai jurukimpal telah menegur Khairul yang merupakan adik iparnya kerana se­ring memukul isteri perayu.

Akibat teguran itu, Khairul menjadi marah lalu berlaku pergaduhan hingga menyebabkan dia mengeluarkan sebilah pisau dan menikam Abdul Rashid hingga mati.

Selepas kejadian itu, Khai­rul melarikan diri selama setahun sebelum berjaya ditangkap pada 18 Okt 2013 di Seremban, Negeri Sembilan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: bunuh abang ipar
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan