Anak Adun Salor Mengaku Tak Salah Miliki Dadah

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 2:52 PM

Ahmad Syafi (dua dari kanan) semasa di luar mahkamah majistret, Kota Bahru.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Anak lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis metamfetamina seberat 20 gram lima hari lalu.

Ahmad Syafi Husam, 29, memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Dia didakwa memiliki dadah berkenaan di tepi sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong, di sini pada 3.30 petang, 18 November lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua  hingga lima tahun serta tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Kamarul Hasyime membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan  oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin manakala terduduh diwakili lima peguam diketuai Firdaus Mohd Yusof. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Adun Salor , Ahmad Syafi Husam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan