Dera: Bekas Pengasuh Dipenjara Enam Bulan

Diterbitkan: Isnin, 20 November 2017 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengasuh taska dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi kerana mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan dengan menampar pipi dan memicit  hidungnya berikutan mangsa enggan minum susu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Fadilah Mohamad Mas Sari, 23, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistretyang menjatuhkan hukuman denda RM6,000 atau lima bulan penjara ke atas wanita itu.

Azman berkata hukuman yang dikenakan bukan hanya untuk menimbulkan rasa insaf dan takut kepada wanita itu tetapi juga sebagai pengajaran kepada pengasuh kanak-kanak yang lain agar tidak melakukan perkara sama.

Mahkamah memerintahkan Nur Fadilah menjalani hukuman penjara itu bermula hari  ini. Ibu dan anggota keluarganya kelihatan menitiskan air mata sebaik mendengar hukuman dijatuhkan.

Azman juga mengekalkan denda RM6,000 yang dijatuhkan Mahkamah Majistret, bagaimanapun wanita itu telah membayar denda tersebut sebelum ini.

Pada 10 Mac lepas, Majistret Rahni Kartini Abdul Rahim menjatuhkan hukuman denda RM6,000 atau lima bulan penjara terhadap Nur Fadilah selepas dia mengaku salah melakukan kekerasan terhadap kanak-kanak lelaki itu dengan cara memicit hidung, menekup mulut secara kasar dan mencubit serta menampar pipi kiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bilik taska, di Wangsa Maju di sini pada 2.30 petang, 14 April 2016 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum menerusi seksyen sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian pengadu yang juga bapa kanak-kanak terbabit mengetahui kecederaan yang dialami anaknya itu selepas dimaklumkan oleh bekas isterinya setelah mengambil mangsa pulang dari taska berkenaan.

Pengadu dan bekas isteri kemudiannya pergi ke taska itu untuk berjumpa dengan kakitangan di situ dan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), yang menunjukkan wanita itu sedang memukul dan melemaskan anak mereka.

Bapa kanak-kanak itu bertanya kepada Nur Fadilah berkenaan tindakan yang dilakukan terhadap anaknya, bagaimanapun dia menafikannya namun memberitahu  tidak boleh mengawal perasaan marah kerana kanak-kanak itu enggan minum susu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas, manakala wanita itu diwakili peguam Zamani Mokhtar. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Dera , picit hidung , tampar

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan