Lagi Gadis Didakwa Tawar Pasang Pendakap Gigi Secara Haram

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 2:52 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang bekas penyambut tetamu hotel pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram, pada September lepas.

Arnalin Ibrahim, 23, dari Tuaran, Sabah membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

Tertuduh didakwa menawarkan rawatan pemasangan pendakap gigi tanpa pendaftaran sah oleh Ketua Pengarah Kesihatan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) pada 12.20 petang, 9 September lepas di sebuah rumah di Lorong Galing 46, Off Jalan Haji Ahmad di sini.

Dia dtuduh melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) akta sama yang boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntuk denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Kesihatan Nurul Khairiyah Samsudin menawarkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin atas alasan tertuduh tidak memberikan kerjasama kepada pihak pendakwaan.

"Tertuduh sepatutnya hadir ke mahkamah pada 13 Oktober lepas tetapi gagal berbuat demikian menyebabkan waran tangkap dikeluarkan. Sejak itu, tertuduh sering berpindah dan menukar nombor telefon bimbitnya.

"Tertuduh ditangkap pagi ini di rumah sewanya di Taman Seri Inderapura di sini dan terus dihadapkan ke mahkamah kerana bimbang tertuduh akan melarikan diri lagi," katanya.

Arnalin merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan beliau tidak bekerja dan pendapatan sebagai penyambut tetamu sebelum ini hanya memperoleh RM900 sebulan, yang digunakan untuk menanggung seorang adik manakala ibu mertuanya yang akan menjadi penjamin, menanggung dua anak.

Hakim Unaizah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap hujung bulan.

Beliau menetapkan sebutan semula kes itu pada 30 November bagi penyerahan dokumen.

Tertuduh dipercayai aktif menawarkan perkhidmatan itu sejak dua tahun lepas setelah belajar tentangnya menerusi internet dan daripada seorang 'guru' yang bukan seorang doktor di daerah ini.

Tertuduh didakwa mengiklankan perkhidmatan itu menerusi laman sosial Instagram dan mengenakan bayaran di antara RM500 hingga RM1,000 bagi satu rawatan, sebelum kegiatannya terbongkar ekoran aduan seorang 'pesakit' yang menghadapi masalah selepas memasang pendakap gigi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pendakap gigi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan