Curi Barangan Keperluan, Ibu Tiga Anak Dipenjara

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 2:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis kerana mencuri pelbagai barangan keperluan harian berjumlah hampir RM500, Sabtu lepas.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hamidah Basharuddin, 61, selepas  dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan antaranya udang, sotong, ikan, sos cili, cili padi, sosej, asam jawa dan kicap yang kesemuanya berjumlah RM493.56, milik sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini.

Tertuduh  didakwa melakukan kesalahan itu di pasar raya berkenaan  pada 11.10 pagi, 11 Nov lepas, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya hendaklah dipenjara dan boleh didenda.

Mahkamah memerintahkan wanita yang tidak bekerja dan mempunyai  tiga anak berusia 29 hingga 34 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini  dan penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.

Terdahulu, warga emas itu yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

“Saya mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung yang memerlukan saya mendapatkan rawatan di hospital dan saya benar-benar menyesal dengan kesalahan saya ini,”katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan