Urus Semula Kes Rasuah Guan Eng 15 Mac Depan

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 11:50 AM

Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 15 Mac tahun depan sebagai tarikh pengurusan semula bagi kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas peguam Datuk V. Sithambaram yang mewakili Phang memaklumkan pihak pendakwaan bagi kes itu telah mengemukakan rayuan mereka bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung  Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Persekutuan.

Sithambaran ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya  bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Ogos lalu  yang memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Beliau berkata pada masa ini belum ada tarikh untuk rayuan itu didengar di Mahkamah Persekutuan.

"Sejurus selesai prosiding dan bicara berhubung rayuan tersebut di Mahkamah Persekutuan barulah mahkamah ini (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ) akan memberikan tarikh perbicaraan baharu berhubung kes rasuah ini," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Phang Li Koon , SPRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan