Pelajar Dituduh Rancang Serangan Festival Beer - Berita Mahkamah | mStar

Pelajar Dituduh Rancang Serangan Festival Beer

Diterbitkan: Ahad, 5 November 2017 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang pelajar pintar tingkatan 6 yang dipercayai merancang serangan ke atas Better Beer Festival mengaku bersalah di mahkamah sesyen, di sini, atas tuduhan memiliki dua butir bom.

Tertuduh berusia 19 tahun, yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, turut berdepan empat pertuduhan lain berkaitan penglibatan dalam kumpulan pengganas Daesh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 kerana memiliki dua butir bom 'improvised explosive device' buatan sendiri di sebuah rumah di Kampung Kelubi, Pasir Puteh, pada jam 6.05 petang, 10 Oktober lalu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman, Pasir Puteh itu turut didakwa memberi latihan menerusi WhatsApp; hadir di tempat latihan pengganas; memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas serta memiliki gambar, video dan dokumen bersabit kumpulan pengganas tersebut.

Tertuduh hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan terhadap keempat-empat tuduhan tersebut.

Tertuduh kelihatan tenang dan bersahaja ketika di bawa ke lokap mahkamah bersama dua lagi rakan, Ahmad Azmi Ahmad Rosli, 24, dan Mahadi Ibrahim, 34, yang masing-masing berdepan tiga dan dua pertuduhan berasingan berkait kumpulan pengganas Daesh.- Sinar Harian


Tags / Kata Kunci: Daesh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan