Remaja Wanita Dituduh Bunuh Suami - Berita Mahkamah | mStar

Remaja Wanita Dituduh Bunuh Suami

Diterbitkan: Rabu, 25 Oktober 2017 1:30 PM

Pesalah juvana dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di Sungai Abong, Muar.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seorang remaja wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di Sungai Abong, di sini.

Tertuduh juvana yang berusia 17 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu hanya mengangguk kepala selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top, namun tiada pengakuan direkodkan.

Remaja terbabit didakwa membunuh suaminya yang berusia 28 tahun  pada 14 Oktober 2017 di sebuah rumah di Jalan Indah, Taman Permata Indah, Sungai Abong kira-kira 1.30 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Amalina Basirah menetapkan 23 November 2017 bagi sebutan semula kes bagi menunggu laporan  psikiatri.

Mahkamah mengarahkan remaja itu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor  Baharu  mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.-- Bernama   



Tags / Kata Kunci: Sungai Abong , Amalina Basirah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan