Curi Penimbang, Pengutip Besi Buruk Dipenjara Tujuh Hari - Berita Mahkamah | mStar

Curi Penimbang, Pengutip Besi Buruk Dipenjara Tujuh Hari

Diterbitkan: Selasa, 24 Oktober 2017 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengutip besi buruk dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa kerana mencuri sebuah penimbang, dua hari lepas.

M. Buvaneswaran, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ho Kwong Chin.

Bapa dua anak itu diperintah menjalani hukuman penjara mulai dari tarikh tangkap pada 23 Oktober lepas.

Buvaneswaran melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan, Blok A, PPR Kampung Muhibbah, Cheras, dekat sini, pada 10.35 pagi, 22 Oktober tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Ahmad Ridza Mohd Noh merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda yang rendah dengan alasan dia adalah penanggung utama keluarga.

"Tertuduh mempunyai dua orang anak serta menjaga ibu bapanya yang menghidapi pelbagai jenis penyakit," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd. Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan ke atas tertuduh. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pengutip besi buruk , penjara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan