Dua Beradik Didakwa Gaduh Di Laluan Kecemasan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Oktober 2017 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan bergaduh di laluan kecemasan jalan raya di sini, Ogos lalu.

Abdul Aziz Abd Razak, 28, dan adiknya Muhammad Nor Amin, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Rahim.

Mereka didakwa bergaduh secara lisan dan tolak menolak sesama mereka di laluan kecemasan berhampiran bulatan Jalan Ipoh, Sentul, di sini pada 7.40 pagi, 20 Ogos lalu mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 November untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar manakala dua beradik itu tidak diwakili peguam. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan