Hina Sultan Perak: Pelajar Diarah Baca Rukun Negara Sebelum Didenda

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 1:22 PM

Seorang pelajar tingkatan enam dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah menghina Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di laman sosial iaitu Twitternya pada Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pelajar tingkatan enam diminta membaca Rukun Negara sebelum didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana menghina Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di laman sosial, pada Jumaat lepas.

Majistret Siti Hafiza Jaafar mengarahkan tertuduh membaca Rukun Negara dengan menekankan prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan kerana menganggap ia sesuatu yang penting untuk diamalkan.

“Kamu faham tak apa itu maksud tatasusila? Tatasusila ini membentuk perbuatan atau tingkah laku yang ampuh, jadi tatasusila ini perlu dijaga, jangan mengutuk, mengeluarkan kenyataan angkuh dan menghina.

“Kesalahan (menghina Sultan) ini boleh dipenjarakan tetapi kamu masih bersekolah, namun sebagai pengajaran untuk kamu dan masyarakat di luar sana, satu bentuk hukuman yang setimpal perlu diberikan,” kata Siti Hafiza sebelum menjatuhkan hukuman.

Pelajar berumur 19 tahun yang akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  bulan depan itu mengaku bersalah menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter untuk menghantar komen yang jelek sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bandar Baru Medan Ipoh, pada 10.30 malam, 13 Oktober lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Remaja  itu boleh dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Awatif Ahmad Bashir yang mewakili tertuduh memohon mahkamah agar tidak mengenakan denda tinggi memandangkan remaja itu menyesali serta memohon maaf atas perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak menggunakan laman sosial sewenang-wenangnya.-- Bernama   


Tags / Kata Kunci: Rukun Negara , Sultan Nazrin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan