‘Anggun’ Mengaku Tak Salah Tipu Duit Bina Rumah

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang ahli perniagaan Siti Nurbaiyah Yahya atau ‘Anggun' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Isnin, atas tuduhan menipu seorang individu, berhubung pembinaan sebuah rumah bernilai RM30,000 dua tahun lepas.

Anggun, 42, seorang daripada beberapa individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan jualan rumah banglo oleh DBI Properties (DBI) dan Juta Kelulut Global Resources membabitkan kerugian mencecah RM6.8 juta, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

Ibu tunggal itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Lorong Gonchar 2, Jalan Datuk Ali di sini, pukul 5 petang pada 23 Disember 2015.

Mengikut pertuduhan, Anggun didakwa memperdayakan mangsa lelaki berusia 51 tahun untuk menyerahkan RM30,000 kononnya sebagai kos pembinaan sebuah rumah di atas tapak tanah sendiri.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Lokman Hakim.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin sebanyak RM30,000, bagaimanapun Mohd Azhar membenarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Azhar juga menetapkan kes disebut semula pada 23 November depan.- BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: Anggun , DBI

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan