Kes TLDM: Seorang Dituduh Bunuh, Dua Lagi Sebab Kecederaan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 1:06 PM

(Ubah saiz teks)

MANJUNG: Laskar Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di mahkamah majistret dekat sini atas dua pertuduhan membunuh dua anggota pasukan itu di padang Latihan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, September lalu.

Mohd Izhrifikri Roslee, 29, didakwa membunuh Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, di padang latihan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, antara pukul 10.30 pagi hingga 3.20 petang, 29 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh Laskar Kelas 1 Muhammad Lailaltuiman Mohd Sukri, 26, di lokasi dan waktu sama.

Tiada pengakuan direkodkan.

Peguam Zalil Mohd Mess yang mengadakan taklimat ringkas dengan keluarga Muhammad Lailatuiman memberitahu mahkamah bahawa perwakilan telah dibuat dengan Jabatan Peguam Negara untuk mendengar kes tersebut di mahkamah tentera.

"Ini kerana proses mahkamah sivil akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk diselesaikan berbanding proses di mahkamah tentra yang mengambil masa lebih singkat," katanya.

Kemudian di mahkamah yang sama, Laskar Kanan Hamzah Zakaria @ Ali dan Mohd Farid Musa didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kedua-dua mangsa.

Hamzah didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di laluan hadapan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, pada 10.30 pagi, 29 September.

Mohd Farid pula dikatakan melakukan kesalahan itu di Pejabat Pengawal Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, pada 12.30 tengah malam, 28 September lalu.

Kedua-dua mereka yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Majistret Nur Shaqira Ibrahim kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 30 Oktober ini, untuk sebutan semula kes.

Malah, beliau menetapkan 12 Disember untuk sebutan semula kes terhadap Mohd Izhrifikri.

Tags / Kata Kunci: TLDM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan