Kes TLDM: Reman Dilanjutkan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Tempoh reman tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan sejak 1 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota pasukan itu minggu lepas, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula Ahad.

Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid mengeluarkan perintah itu ke atas ketiga-tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini Sabtu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga mereka yang bertugas di bilik tahanan di Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan ketika kejadian,  tiba di perkarangan mahkamah kira-kira  8.50 pagi tadi sebelum dibawa keluar semula satu jam kemudian.

Pada 1 Oktober lepas, LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di bilik tahanan berkenaan dipercayai didera berdasarkan laporan bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatuliman meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Pada Jumaat, mahkamah sama melanjutkan tempoh reman selama empat hari  ke atas dua  lagi anggota TLDM berumur 29 dan 37 tahun untuk membantu siasatan kes dua anggota pasukan itu yang mendakwa mereka dicederakan di pusat tahanan sama.

Kedua-dua anggota itu yang berusia 30 tahun membuat laporan polis pada 2 Oktober lepas dan mereka kini dirawat di Hospital Angkatan Tentera di sini.Kes itu disiasat di bawah Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan melakukan ugutan jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata sehingga kini polis menahan tujuh orang yang  kesemuanya bertugas sebagai pengawal bilik tahanan, dengan lima suspek yang berusia 29 hingga 37 tahun disiasat mengikut Seksyen 302.

Dua daripada mereka turut disiasat mengikut Seksyen 325/506 kanun itu bersama-sama dua lagi suspek yang lain. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: TLDM , reman

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan