'Datuk' Didakwa Rogol Budak 12 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 8:01 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang ahli perniagaan terkemuka dalam industri minyak dan gas, yang berusia 82 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di dua lokasi berlainan di Bandaraya Miri.

Bagi kesalahan pertama, Datuk Ibrahim Ahmad Darvesh Mohd Deen atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Din, didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu di sebuah hotel bajet terletak di Taman Jade Manis di sini pada 12.40 pagi 31 Ogos 2017 mengikut Seksyen 376 (2)(D) Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol kanak-kanak yang sama di dalam sebuah bilik di hotel bajet di Jalan  Masjid di sini pada 8 malam 11 September  2017 mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ibrahim kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah membacakan kedua-dua pertuduhan itu dalam bahasa Malaysia di hadapan Hakim Steve Ritikos.

Steve kemudian menetapkan 19 Oktober untuk pengurusan kes manakala 5 hingga 9 Mac tahun depan pula untuk perbicaraan.

Steve turut membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dan dua penjamin rakyat tempatan. Bayaran perlu dijelaskan pagi Jumaat dan kegagalan berbuat demikian mengakibatkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya oleh mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah menjalankan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Ranbir Singh. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan