Makin Panas, Boy Iman Direman Lagi

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Mahkamah Majistret di sini membenarkan tahanan reman selama dua hari bermula Khamis terhadap Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Nor'iza Mohamad di Kompleks Mahkamah Muar di sini Khamis.

Sebelum ini, pelakon berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Boy Iman, direman di Ampang selama dua hari bermula Selasa lalu (3 Oktober) kemudiannya ditahan semula petang semalam, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar (IPD).

Terdahulu suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah pada 9 pagi diiringi anggota polis.

Pada Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah laporan terhadap kes tersebut  bertambah daripada 188 kepada 201 berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

Katanya, pihak polis akan akan memanggil beberapa lagi individu untuk membantu siasatan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada Selasa, polis juga menahan dua suspek berusia 29 dan 45 tahun dan merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, tiga unit telefon bimbit, sijil ijazah doktor falsafah (PhD) dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties dan Juta Kelulut. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Boy Iman

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan