Ketua Geng Pak Su, Tiga Anggota Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ketua ‘Geng Pak Su' antara empat lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang.

Johari Ariffin, 35 bersama tiga lagi anggota kumpulan itu  Rosidi Aziz, 35: Norazif Ahmad, 37 dan Shahadan Salim, 38  bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan hakim Azman Abu Hassan.

Kesemua mereka dituduh menyertai kumpulan jenayah terancang itu antara 1 Januari  2015 hingga 30 Ogos 2017.  Mereka didakwa  mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Oktober ini untuk sebutan semula kes. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias manakala peguam Jay Moy Wei Jiun mewakili tertuduh pertama iaitu Johari, Rosidi (tertuduh kedua) dan Shahadan (tertuduh keempat).

Peguam Faizal Rahman pula mewakili tertuduh ketiga, Norazif.

Prosiding hari ini  dikawal ketat oleh pasukan polis yang turut disertai diri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Atrash Wahid.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Geng Pak Su

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan