Sejarah Tercipta: Empat Hakim Wanita Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 9:48 AM

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif (empat, kiri) bergambar bersama hakim yang baharu dilantik iaitu Datuk Rhodzariah Bujang (tiga, kiri), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin (empat, kanan), Datuk Suraya Othman (dua, kanan) dan Datuk Yeoh Wee Siam (kanan) pada Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Pelantikan Hakim di Istana Kehakiman hari ini. Turut hadir Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop (dua, kiri), Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin (tiga, kanan) dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum (kiri). - Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Badan kehakiman pada Isnin mencipta sejarah apabila empat hakim wanita sekali gus dinaikkan pangkat ke mahkamah tertinggi negara ini.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif berkata kenaikan pangkat Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan  dan tiga hakim lagi iaitu  Datuk Suraya Othman, Datuk Yeoh Wee Siam dan Datuk Rhodzariah Bujang, sebagai Hakim Mahkamah Rayuan adalah berdasarkan prestasi dan budaya kerja yang telah mereka tunjukkan.

“Pastinya majlis pada hari ini merupakan suatu lagi kejayaan yang harus menjadi kebanggaan Yang Arif- Yang Arif,  keluarga dan sahabat handai. Sesungguhnya pelantikan Yang Arif-Yang Arif pada hari ini merupakan satu sejarah badan kehakiman di mana empat hakim wanita sekali gus dinaikkan pangkat ke mahkamah tertinggi.

“Dalam eri kata lain kenaikan pangkat mereka adalah berdasarkan merit. Syabas kepada kaum wanita. Perlu saya nyatakan bahawa kenaikan pangkat keempat-empat hakim wanita ini bukan untuk memenuhi kuota wanita di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, tetapi kenaikan pangkat ini adalah kerana prestasi dan budaya kerja yang mereka tunjukkan selama ini ,” kata Md Raus diiringi tepukan gemuruh oleh hadirin pada majlis itu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas majlis angkat sumpah pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, 64, sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan  dan tiga hakim Mahkamah Tinggi iaitu  Datuk Suraya Othman, 59,  Datuk Yeoh Wee Siam, 64, dan Datuk Rhodzariah Bujang, 56, yang kesemuanya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Pelantikan keempat-empat hakim wanita itu berkuat kuasa 23 Sept 2017. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mahkamah Tinggi

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan