Rasuah: Anggota Polis Dipenjara Enam Bulan, Denda RM20,000

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat koperal dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah tiga tahun lepas.

Tertuduh, Roslin Md Esa, 53, yang bertugas di Balai Polis Tanjung Rambutan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim S.Indra Nehru selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman empat bulan penjara jika tertuduh tidak membayar denda itu. Tertuduh tidak bayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan berjumlah RM400 daripada Bedah Debok sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya, Azrul Haffiz Che Azzmi yang ditahannya di Balai Polis Tanjung Rambutan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1)  akta sama, jika disabitkan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau mengikut mana-mana yang tinggi.

Bapa kepada tiga orang anak itu juga didakwa menerima suapan berjumlah RM100 daripada individu yang sama dan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Roslin didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah gerai air kelapa, Jalan Besar, Tanjung Rambutan di sini antara pukul 2.30 petang dan 4.30 petang pada 14 Mei 2014.

Indra Nehru kemudian menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua juga hukuman yang sama. Hukuman berkenaan berjalan serentak mulai Khamis.

Terdahulu, tertuduh yang telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun merayu agar mahkamah meringankan hukuman kerana dia menyesal akan tindakannya itu selain perlu menanggung tiga orang anak dan isteri yang menghidap kencing manis serta darah tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Wahida Jalaluddin pula memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepadanya serta masyarakat khususnya penjawat awam supaya mengamalkan amanah serta integriti dalam melaksanakan tugas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bedah Debok , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan