Ceroboh Pejabat KP, Pegawai JPJ Didakwa

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menceroboh masuk pejabat ketua pengarahnya di sini, Julai lepas.

Syed Abdul Rahman Perman, 35, yang kini digantung tugas,  mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan  di hadapan Majistret Ainna Sherina Saipolamin.

Berdasarkan pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa menceroboh masuk pejabat Ketua Pengarahnya pada masa itu Datuk Seri Nadzri Siron di kawasan Bangunan Kementerian Pengangkutan Jalan, Presint 4, di sini, pada 1 pagi, 13 Julai lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin kerana kes ini melibatkan kepentingan awam.

”Tujuan jaminan adalah untuk pastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah. Kes ini melibatkan kepentingan awam. Pecah masuk pejabat bosnya sendiri.

“Denda dalam kes ini  maksimum RM3,000 jika jaminan rendah dikhuatiri tertuduh akan melarikan diri, pohon jumlah jaminan yang sewajarnya,' katanya.

Bagaimanapun, peguam S. Mogan yang mewakili tertuduh, meminta anak guamnya dibenarkan diikat jamin dengan jumlah rendah kerana dia adalah bapa kepada dua anak.

"Tertuduh juga sudah lebih enam bulan tidak mendapat gaji," katanya.

Ainna Sherina membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pada 21 Julai lepas, tiga pegawai JPJ disiasat selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ.

Nadzri telah ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia bermula Isnin lepas (18 Sept ) dan tempatnya digantikan oleh Datuk Shaharuddin Khalid, yang sebelum ini adalah Ketua Penasihat Eksekutif Pejabat Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-- Bernama

Tags / Kata Kunci: JPJ , Syed Abdul Rahman

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan