Lapan Remaja Bawah Umur Didakwa Miliki Dadah

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 6:33 PM

Sebahagian suspek yang didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas kesalahan memiliki dadah.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Lapan remaja bawah umur adalah antara 25 individu yang didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini pada Khamis, atas dua tuduhan memiliki dadah.

Individu berkenaan ialah Muhammad Firdaus Rosley, 18; Mohamad Akmal Shamsudin, 22; Amzar Fahim Rosli, 22; Muhammad Zulhaili Zafrullah Zulkifli, 21; Mohamad Azri Hisyam Mohd Ariff, 21; Mohammad Shaqirin Sa'aban, 20; Aniq Ishraf Hafey Mohamad Zuki, 19;  Luqman Hakim Fakrurazi, 19; Mohamad Lokman Imran Selamat, 18; Sa'adon Din, 26; dan Aniq Ashraf Hafiz Mohamad Zuki, 19.

Individu yang lain ialah Nur Atiqah Zulkifli, 23; Nur Fithriyaani Ishak, 21; Dayang Sharmilly Zulkitlee, 20; Noor Elyya Natasha Md Norizan, 18; dan Nurul Shuhada Adnan, 18; kesemuanya mengaku tidak bersalah, manakala seorang tertuduh Tan Ming Lhek, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka dituduh secara bersama memiliki dadah jenis Nimetazepam seberat 0.81 gram di 03-07, Jalan Kelisa Emas 4, Pangsapuri Kelisa, Perai dekat sini pada 11 pagi 17 Sept lepas.

Bagi pertuduhan kedua mereka didakwa memiliki dadah jenis Ketamin seberat 1.5 gram pada tempat, tarikh dan waktu yang sama.

Sementara itu, Muhammad Firdaus yang menghadapi satu lagi tuduhan juga mengaku tidak bersalah, atas dakwaan memiliki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine seberat 0.81 gram pada tempat, tarikh dan waktu yang sama.

Bagi setiap pertuduhan mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Contoh dadah jenis methamphetamine yang disingkirkan daripada papan kayu. - Gambar hiasan

Majistret Diane Nigrat Nor Azahar membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 23 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Hashim, manakala kesemua  tertuduh diwakili peguam Zainal Akram Zainal Azahar.

Sementara itu, di mahkamah majistret berasingan, Mohamad Akmal, Muhammad Zulhaili Zafrullah, Mohammad Shaqirin, Luqman Hakim, Sa'adon, Tan, Dayang Sharmilly, Nor Elyya Natasha dan Nur Fithriyaani mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini pada 2.45 petang 17 Sept lepas.

Majistret Jamaliah Abd Manap membenarkan jaminan antara RM3,500 hingga RM7,000 ke atas setiap tertuduh dan menetapkan 22 Nov ini untuk sebutan semula kes.  Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Ahmad Redzuan manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, sembilan lagi tertuduh turut mengaku bersalah atas tuduhan sama di mahkamah majistret berasingan dan Diane Nigrat menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap tertuduh sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.

Difahamkan seorang lagi tertuduh wanita yang turut ditahan bersama kumpulan remaja itu tidak hadir ke mahkamah pada Khamis kerana dirawat di hospital.

Tags / Kata Kunci: dadah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan