Suami Isteri Didakwa Eksploitasi Pembantu Rumah Warga Filipina

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperdagang seorang pembantu rumah warga Filipina bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan penggunaan kekerasan.

Mohamad Afzan Azemi, 35, Pegawai Kawalan Kos di sebuah syarikat cari gali dan isterinya Norazni Azali, 30, Pengurus Kewangan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu ke atas Joramie Garcia Torres, 31,  di sebuah rumah di Denai Alam di sini, antara 23 Januari hingga 31 Ogos lepas.

Pertuduhan ke atas pasangan suami isteri itu dibuat mengikut Seksyen 13 (b) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum tiga tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan denda.

Mohd Sabri membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 serta seorang penjamin bagi setiap seorang dan menetapkan 24 Oktober untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar wang jaminan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azilah Mat yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang ikat jamin ke atas pasangan suami isteri itu memandangkan pertuduhan terhadap mereka tidak boleh dijamin melainkan atas budi bicara mahkamah.

"Jika mahkamah guna budi bicara untuk benarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin, pohon jumlah yang tinggi dikenakan iaitu RM100,000 setiap seorang selain perlu lapor diri di balai polis dan pasport diserah kepada mahkamah dengan mengambil kira kesalahan dilakukan mereka serius.

"Mangsa merupakan pembantu rumah kedua-dua tertuduh dan ada sebab untuk mempercayai mereka telah lakukan eksploitasi serta telah cederakan mangsa, selain gagal beri kerjasama baik kepada polis dengan beri keterangan mengelirukan ketika siasatan," katanya.

Peguam K. Murali yang mewakili pasangan suami isteri itu pula memohon mahkamah menetapkan kadar jaminan yang rendah atas alasan anak-anak guamnya perlu bekerja untuk menyara dua anak perempuan berumur dua dan empat tahun serta ibu bapa mereka.

Berhubung kenyataan pihak pendakwaan bahawa pasangan suami isteri itu memberi keterangan mengelirukan, Murali berkata ia adalah disebabkan mereka tiada pengalaman dengan siasatan polis.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Joraimie Gracia , Filipina

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan