Warga Rohingya Cuba Bunuh Diri Dipenjara Tiga bulan

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Mahu bakar diri, hidup pun tak guna", luah seorang warga Rohingya sambil menangis teresak-esak di kandang tertuduh selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan cuba membunuh diri, pada Rabu.

Tidak dapat menahan kesedihannya, Ali Johar Jamal Hussin, 19, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu juga berkata, dia hanya tinggal sendirian di dunia selepas kampungnya dibakar oleh tentera Myanmar.

"Di dunia ini tinggal saya sahaja, ahli keluarga telah dibom dan dibunuh oleh tentera di Myanmar, saudara-saudara kecil pula telah lari ke Bangladesh," katanya.

Majistret, Ahmad Solihin Abd Wahid kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan atas kesalahan itu dan memerintahkan Ali Johar menjalani hukuman itu berjalan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan Ali Johar didapati cuba membunuh diri dengan mencurahkan petrol ke atas diri sendiri di hadapan LRT Ampang Park, Jalan Ampang jam 11.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Dakwaan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut seksyen 309 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun jika sabit kesalahan.

Dia turut mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana masuk ke Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Bagi kesalahan itu pula, dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) akta 155 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menyertai kira-kira 2000 warga Rohingya berhimpun dan menunjuk perasaan di LRT Ampang sambil membawa beberapa sepanduk.

Bagaimanapun tertuduh tiba-tiba dilihat mencurahkan petrol dari botol berwarna hijau sebelum ditahan oleh pihak polis yang membuay pemerhatian ke atas mereka. - Sinar Online

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan