Rempuh Atlet: Pemandu Mengaku Tak Bersalah

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Pemandu yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kecederaan ketua jurulatih dan empat atlet berbasikal Paralimpik, didakwa di mahkamah majistret di sini.

Anuar Wahab, 46, mengaku tidak bersalah di hadapan majistret, Abdul Jalil Salam selepas pertuduhan itu bacakan menerusi seorang jurubahasa.

Anuar didakwa memandu dalam keadaan berbahaya dan mengakibatkan kemalangan dekat Kilometer 12.5 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) pada pukul 10.45 pagi Khamis.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh mensabitkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM15,000 atau kedua-dua sekali.

Ketika kejadian dirempuh sebuah pacuan empat roda, jurulatih, Johari Nayan sedang berlatih bersama pasukan berbasikal para iaitu Mohd Nor Rizuan Zainal, 31, Khairul Azwan Wahab, 25, Nur Syafiq Suhaimy, 19, dan Khairul Nizam Mohd Ali, 23. 

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan