Prosiding RCI: Tun M Tak Pernah Masuk Bilik Urus Niaga Forex

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 1:41 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pengarah di Jabatan Pengurusan Tukaran Asing Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Suruhanjaya Siasatan (RCI) Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia, bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah memasuki bilik urus niaga tukaran asing (forex di London).

Azman Mat Ali, 54, menjawab "beliau tidak pernah" kepada soalan oleh peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla sama ada Dr Mahathir pernah memasuki bilik urus niaga ketika Azman menjalankan urus niaga forex.

Mengenai soalan sama ada Azman bertugas di pejabat Bank Negara, London ketika Dr Mahathir merasmikan pembukaan bilik urus niaga forex di London, beliau berkata upacara itu diadakan beberapa tahun sebelum beliau ditugaskan sebagai peniaga mata wang di pejabat itu.

Beliau berkata, sebagai peniaga ketika itu beliau menjalankan urus niaga atas arahan ketua peniaga dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

"Selain melaporkan kepada Nor Mohamed dan ketua peniaga, tiada siapa yang tahu sebesar mana urus niaga forex yang dilakukan," katanya.

Beliau juga memberitahu RCI itu bahawa beliau tidak ingat mana-mana orang kenamaan, perdana menteri atau timbalan perdana menteri ada datang menemuinya ketika itu.

Azman, saksi ke-18 berkata beliau pernah melaksanakan transaksi mata wang asing atas arahan Nor Mohamed hingga lebih AS$1 bilion sehari.

Ketika membaca kenyataannya, beliau berkata, beliau tidak dapat menjawab jika dikatakan bahawa urus niaga mata wang asing yang dijalankan peniaga-peniaga berbentuk spekulasi.

"Saya tidak ada sebarang komen mengenai dakwaan (bekas Penolong Gabenor) Datuk Abdul Murad Khalid bahawa urus niaga mata wang asing yang dijalankan oleh BNM pada tahun 1990 hingga 1994 adalah berbentuk spekulasi dan perjudian.

"Saya hanya melaksanakan urus niaga forex mengikut arahan daripada ketua," kata beliau dalam prosiding RCI itu bagi menyiasat kerugian dialami BNM dalam transaksi mata wang asing sekitar tahun 1990-an.

Suruhanjaya enam anggota itu dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail yang juga Setiausaha suruhanjaya siasatan itu. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan