Isu Zakir Naik: Kerajaan Mohon Batal Saman

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memfailkan permohonan membatalkan saman pemula Pengerusi Hindraf P, Waytha Moorthy bersama 18 individu lain terhadap Dr Zakir Naik berhubung dakwaan pendakwa antarabangsa itu sebagai ancaman negara.

Peguam, S Karthigesan yang mewakili plaintif berkata, permohonan itu difailkan defendan pada Rabu.

"Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pendengaran, namun Hakim Mahkamah Tinggi, Azizah Nawawi menetapkan 21 September depan untuk pendengaran saman plaintif dan permohonan defendan," katanya.

Menurutnya, pihaknya belum menerima dokumen bantahan tersebut.

"Kami tidak tahu apa isu defendan kerana dokumen belum diperoleh," katanya.

Pada prosiding dijalankan di dalam kamar itu, kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Natra Idris.

Selain Waytha Moorthy, plaintif lain termasuklah aktivis Dr Lim Teck Ghee, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) Sabah dan peguam, Siti Zabedah Kassim menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan sebagai defendan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 1 Mac lalu, mereka menuntut perintah perisytiharan bahawa penceramah terkenal itu merupakan ancaman kepada ketenteraman rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dan perlu ditangkap serta-merta.

Zakir juga didakwa telah menggalakkan keganasan, dihalang memasuki beberapa negara kerana disyaki bekerjasama dengan beberapa kumpulan pengganas selain memberi dorongan kepada warga asing yang berada di negara ini untuk mengganggu ketenteraman awam.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Zakir Naik , Hindraf

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan