Pasangan Pensyarah UTeM Direman Lima Hari

Diterbitkan: Rabu, 6 September 2017 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sepasang suami isteri yang juga pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan nilai kira-kira RM52,000.

Tempoh reman sehingga 10 September ke atas dua-dua suspek berusia 35 dan 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini.

Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas suspek mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah pada 11.05 pagi diiringi pegawai daripada suruhanjaya itu.

Semalam media melaporkan kedua-dua suspek yang masing-masing memegang jawatan sebagai pensyarah kanan dan pensyarah di fakulti berlainan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan.

Penahanan pasangan itu dibuat selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan untuk penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016.  -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: UTeM , SPRM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan