Penjara 20 Tahun Lelaki Rogol Anak Tiri Kekal

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 2:49 PM

Gadis terbabit menjadi trauma selama empat tahun sebab dirogol oleh bapa tirinya sejak ia berumur 11 tahun. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang merakamkan perbuatannya merogol anak perempuan tirinya berumur 14 tahun akan merengkok di dalam penjara selama 20 tahun selain diperintahkan supaya disebat 15 kali kerana merogol gadis itu.

Menyifatkan perbuatan bapa tiri mangsa yang berusia 33 tahun itu sebagai amat kejam, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan rotan yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Johor setimpal dengan perbuatan yang dilakukan lelaki itu.

“Kesalahan ini sangat serius. Jenayah ini sangat kejam dan cara ia dilakukan terhadap anak perempuan tirinya apabila dia membuat rakaman video perilaku mengadakan hubungan seksual itu.

"Ia menjatuhkan maruah. Tergamak dia buat begitu," kata Hakim Zulkefli, yang mempengerusikan panel tiga hakim bersama-sama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam.

Hakim Zulkefli berkata tiada alasan bagi mahkamah rayuan untuk membenarkan rayuan lelaki itu supaya tempoh hukuman penjaranya dikurangkan.

Berdasarkan fakta kes, pada 19 Ogos tahun lepas, lelaki itu membawa anak perempuan tirinya ke sebuah rumah di daerah Kulai, Johor untuk membantunya menjalankan kerja-kerja pembaikan di sebuah rumah kosong.

Dia mengugut untuk mencederakan ibu dan bapa kandung gadis berkenaan sekiranya gadis itu tidak memenuhi keinginannya untuk mengadakan hubungan seksual.

Gadis itu yang ketakutan, bersetuju untuk memenuhi keinginannya.

Peguam Tina Ong, yang mewakili lelaki itu, berkata anak guamnya perlu diberi peringanan bagi hukuman penjara oleh kerana dia telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan rogol itu di Mahkamah Sesyen.

Lelaki itu gagal dalam kesnya di Mahkamah Tinggi Johor untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara, menyebabkan dia membawa kesnya itu ke Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron berkata pengakuan bersalah terhadap tuduhan itu bukan bermakna lelaki itu berhak mendapatkan pengurangan tempoh penjara.

Beliau berkata gadis terbabit menjadi trauma selama empat tahun disebabkan dia dirogol oleh bapa tirinya sejak ia berumur 11 tahun.

Menurut fakta kes, gadis itu tidak memberitahu sesiapa tentang perkara itu kerana bimbangkan keselamatan ibu bapanya.

Dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis setelah tidak dapat bersabar lagi dengan perbuatan lelaki itu. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan