Pelajar IPT Didakwa Culik, Dera Seksual Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 8:09 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) di Port Dickson didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, atas tujuh pertuduhan berkaitan menculik dan melakukan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun pada Jun  lalu dan bulan ini.

Tertuduh Umar Ariffin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Di hadapan Hakim G. Ramesh, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menculik kanak-kanak itu dari rumahnya di sebuah IPT di Port Dickson, kira-kira 3.30 pagi pada 14 Ogos lalu.

Tertuduh yang didakwa menurut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Ramesh menetapkan ikat jamin RM5,000 dan kes disebut semula pada 25 Sept ini.

Sementara itu, di hadapan Hakim Noor Hayati Mat, tertuduh didakwa dengan enam pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap mangsa.Lima daripada pertuduhan terbabit didakwa dilakukan kira-kira 3.30 pagi pada 14 Ogos lalu di rumah tertuduh  di Bandar Springhill, Lukut, Port Dickson.

Dua pertuduhan menurut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan tiga lagi mengikut Seksyen 14(d) akta sama.Umar juga berdepan satu lagi pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap mangsa antara 3 pagi dan 4 pagi pada 14 Jun lalu di tepi bangunan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer sebuah IPT di Port Dickson.

Dia dituduh menurut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Umar yang diwakili peguam  Mohamad Zahid Ahmad dan M. Sivam, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan untuk setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

Noor Hayati membenarkan ikat jamin RM20,000 untuk kesemua enam pertuduhan dengan syarat tambahan dia perlu melaporkan diri di Balai Polis Lukut setiap bulan serta tidak dibenarkan mendekati mangsa dan keluarganya.

Hakim menetapkan 25 Sept ini untuk sebutan semula kes.Kesemua tujuh kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norsyazwani Ishak. 

Sementara itu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal dan memiliki barang curi.

Dia mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.Untuk pertuduhan mencuri motosikal, dia didakwa melakukan perbuatan itu di Surau An-Nur, Bandar Springhill antara 7.15 malam dan 8 malam pada 29 Julai lalu.

Tertuduh didakwa menurut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara satu hingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Bagi kesalahan memiliki  barang curi termasuk telefon bimbit yang didakwa dilakukan di rumahnya di Bandar Springhill pada 5.45 petang 15 Ogos lalu, Umar dituduh menurut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang meperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret K. B Elena Hing Tze Lan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 untuk pertuduhan mencuri dan RM500 bagi kesalahan memiliki barang curi, serta menetapkan 21 September untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng dan tertuduh diwakili peguam K. Mahalakahimi. Tertuduh membayar kesemua wang jaminan berjumlah RM28,500. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Culik , penderaan seksual , kanak-kanak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan