Mahkamah Persekutuan Benarkan Rayuan JPN, Kes Berbinkan Bapa

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini Isnin membenarkan permohonan yang dikemukakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua lagi untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan seorang kanak-kanak Islam tidak sah taraf dibinkan dengan nama bapanya.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif  yang mengetuai tiga anggota panel hakim membenarkan permohonan Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara menunggu penyelesaian kes di Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes sivil, sesuatu pihak perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan sebelum mereka boleh meneruskan dengan sesuatu rayuan itu.

JPN dan dua lagi pemohon telah memfailkan rayuan untuk mendapatkan penangguhan bagi pelaksanaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan mahkamah tertinggi itu menetapkan 8 September untuk mendengar kes berkenaan.

"Kami membenarkan permohonan penangguhan itu berkuat kuasa hari ini dan tiada perintah mengenai kos,” kata Hakim Md Raus.

Ahmad Terrirudin  yang mewakili JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan Malaysia memohon kepada Mahkamah Persekutuan penangguhan bagi pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan pada 25 Mei lepas.

Hakim Md Raus yang bersidang dengan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dand Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin turut membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Johor untuk mecelah dalam permohonan penangguhan tiga pemohon itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JPN , anak tak sah taraf

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan