Pemandu Bas Mengaku Curi Jam Pegawai Bola Sepak Wanita

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 6:14 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemandu bas dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin kerana mencuri seutas jam tangan milik pegawai pasukan bola sepak wanita Malaysia di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Khamis lepas.

Muhammad Izwan Ayub, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara mulai dari tarikh ditangkap pada Khamis lepas.


Majistret turut memerintahkan hukuman penjara selama tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan. Dia kemudian membayar denda itu.


Mengikut pertuduhan, Muhammad Izwan, yang ketika itu bertugas sebagai pemandu bas bagi pasukan bola sepak wanita  Myammar di Sukan SEA 2017, didapati mencuri seutas jam tangan jenama Swatch Edisi Rio 2016 berharga kira-kira RM600 milik Norzazarna Omar yang tertinggal di dalam bas pasukan bola sepak wanita Malaysia pada Khamis lepas antara pukul 8 hingga 9 malam di Jalan UiTM, Stadium UiTM di sini.

Dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


Terdahulu peguam tertuduh, Nurul Ikrimah Mohd Raya memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang ringan terhadap anak guamnya memandangkan dia merupakan anak lelaki sulung yang banyak membantu dalam menanggung perbelanjaan keluarga.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya  Muaz Ahmad Khairuddin.
 -Bernama
Tags / Kata Kunci: jam tangan , curi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan