Peguam Boon Poh Cabar Perintah Reman

Diterbitkan: Ahad, 13 Ogos 2017 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Peguam kepada Phee Boon Poh tiba di Mahkamah Tinggi dekat sini untuk memfailkan hujahan terhadap perintah reman ke atas exco Pulau Pinang itu berhubung siasatan membabitkan sebuah kilang haram di Bukit Mertajam.

Boon Poh, pengurus kilang berusia 70 tahun, Gan Buck Hee dan anaknya yang juga pengarah, Edmund Gan Eu Leong, 37, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka direman selama lima hari bermula Sabtu.

Perintah reman dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menyalahgunakan kuasa.

Pengurus dan pengarah kilang itu diwakili Dev Kumaraendran manakala peguam R.S.N Raye dan Ramkarpal Singh mewakili Boon Poh.

Dev mendakwa majistret di Pulau Pinang tidak mendengar hujahan mereka sebelum membenarkan perintah reman lima hari itu.

"Memandangkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tutup pada Ahad, kami berada di Kedah untuk memfailkan hujahan kami," katanya kepada pemberita.

Rayer berkata mereka berharap Boon Poh dibebaskan segera.

Boon Poh yang juga Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang ditahan SPRM  ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri itu.

Pejabat Boon Poh di tingkat 53 Komtar turut diserbu pegawai SPRM.

Tags / Kata Kunci: Phee Boon Poh , SPRM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan