Banduan Dipenjara Ugut Majistret

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat tidak dapat mengawal emosi lantas menghamburkan kata-kata kesat dan ugutan terhadap seorang majistret, seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara, dihukum penjara lagi selama enam bulan.aara n  atas kesalahan mencederakan individu lain, dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap  S.Thaneskumar, 23, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu, yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencederakan individu lain, menjalani hukuman baharu berkenaan bermula dari tarikh tangkap pada 7 Julai lepas.

Thaneskumar didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Adira Adnan, 33, dengan cara ugutan bunuh serta mengeluarkan kata-kata kesat di dalam Mahkamah Majistret Jenayah 1, Jalan Duta, di sini, antara pukul 2 dan 3 petang, 15 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Thaneskumar yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana telah insaf dan mengaku emosinya terganggu pada hari kejadian.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh kerana perbuatannya jelas tidak menghormati mahkamah.

Mengikut fakta kes, pengadu selaku majistret yang mendengar kes sebutan baharu di mahkamahnya telah menerima ugutan bunuh daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Selepas pertuduhan dibacakan, tertuduh yang mengaku salah,  tiba-tiba marah dan meninggikan suara kepada majistret sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan bunuh. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Ugut Majistret

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan