FIC: Dua Lagi Direman

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang peguam dan pembantu wanita direman pada Jumaat selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan berhubung isu pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Peguam berusia 44 tahun dan wanita berusia 29 tahun yang merupakan pembantu perundangan firma undang-undang itu direman selama lima hari.

Majistret, Muhamad Safuan Azhar membenarkan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek sehingga 8 Ogos.

Setakat ini, lima orang ditahan berhubung siasatan yang sedang dijalankan itu.

Kedua-dua suspek dikatakan terlibat menguruskan proses dokumentasi perjanjian jualbeli di antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelumnya dijual kepada FIC.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada kira-kira pukul 4 petang Khamis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan